Di gagahkan juga untuk ikut. Dengan bantuan dan galakkan daripada isterinya juga, beberapa perkara yang tak sangka-sangka berlaku.
Berat badannya mula turun sebanyak 2.5kg dalam masa seminggu. Terjegil mata beliau melihat penurunan berat badan walaupun ikut MEAL PLAN daripada saya secara bersahaja.
Dalam tempoh seminggu itu juga, rasa badannya lebih cergas. Pergerakan naik turun tangga jadi semakin lancar, tak lagi mengah-mengah seperti dulu.
Bila sarung baju terutamanya t-shirt Hard Rock yang di belinya tahun lepas, dah boleh muat. Kalau tak akan tersangkut di dada, perut dan lengan. Nampak lebih kemas berbanding dengan dulu.
“Coach, yang paling saya suka tentang progress saya ni. Saya dah boleh dah solat berdiri. Kalau tak saya kena pakai kerusi” jawabnya apabila di tanya tentang progress yang lain selain daripada berat badan turun.
Kini Tuan Noor Aziz lebih berkeyakinan dengan keadaan dirinya. Beliau yakin tak susah pun sebenarnya nak kurus, asalkan ada ilmu
“Saya suka cara Coach, Coach tak kedekut ilmu. Coach jawab je semua soalan saya. Saya mesti kena tolong coach semula dgn bantu orang lain jgk untuk dapatkan khidmat dan kepakaran coach” jawabnya bangga setelah berjaya turunkan hampir 6kg dengan diet yang bersahaja dan tak stress