Semoga posting ini akan memberikan motivasi kepada pembaca, terutamanya kepada mereka yang dah cuba pelbagai cara kurus tapi satu pun tak berhasil. 


Mungkin kita nak sangat capai sesuatu tapi hasil tak kunjung tiba. Mungkin kita ada timbul persoalan, “mungkin Allah tak dengar doa aku”, “mungkin aku di takdirkan memang tak boleh capai apa yang aku nak” Seribu satu spekulasi otak kita mula generate.


AWAS!


Saya sangat gila percaya kepada setiap yang berlaku ada hikmah dia. Saya sangat gila percaya yang Allah itu Maha Mendengar, Maha Mengetahui perkara yang kita tak tahu. Saya sangat gila percaya yang Allah mengikut kepada sangkaan hambaNya.


Cuba bayangkan dalam kata-kata sinis kita, sama ada dalam sedar atau separa sedar tergerak hati yang Allah tak dengar tangisan hati kita. Allah mengikut sangkaan kita


Kata-kata pasrah, Allah tak makbulkan doa kita; Allah mengikut sangkaan kita.


 Sebenarnya kata-kata begitulah yang menjauhkan kita daripada destinasi kejayaan kita.


Dan ketika kita berada di bawah, itu petanda kita akan berada di atas. Cuma saya yakin Allah lebih mengetahui dengan sifat agung Maha Mengetahuinya. Kita kena selalu bersangka baik dengan Allah. Allah tak bagi hari ini, bukan sebab Allah tak dengar, sebab Allah tahu kita belum bersedia.


Oleh itu, bersihkan jiwa kita. Pastikan kita yakin kita akan berjaya. Teruskan berusaha. Sangka baik dengan Allah. Selalu bertanya “apa yang patut aku buat hari ini untuk aku capai target aku”, bukan soalan-soalan seperti “aku dah cuba macam-macam dah satu pun tak berhasil”


Saya yakin, kejayaan akan jadi milik kita soon than we thought


Yang sedang mencari jalan untuk capai target; 8,000 orang yang berjaya kurus dengan Bartech tahun 2021

Shaharuddin Abdul Karim

3 June 2021 | 9:04pm

*written just before WGC