Maka bermulalah journey Cikgu Rahimah untuk di bantu jadi lebih kurus. Berat badannya adalah 81kg. Setelah dapat MEAL PLAN, beliau ikut betul-betul satu persatu yang di sarankan. Alhamdulillah, seminggu beliau berjaya turunkan sebanyak 2kg!
Walaupun pada minggu-minggu seterusnya berat badan Cikgu Rahimah tak berapa cepat sangat turun macam minggu pertama, beliau rasakan sesuatu yang berbeza pada dirinya…
Badan rasa semakin ringan, dan orang puji badannya semakin slim daripada biasa. Pada asalnya ingat dia di perli, tapi selepas lebih daripada separuh cikgu di sekolahnya memuji, rasa yakin semakin memuncak.
Inilah yang di namakan mazhab fat loss yang saya gunakan. Progress kurus berlaku pada mata kasar, bukan pada nombor di penimbang berat badan.
Nombor di penimbang berat badan hanya sekadar representation terhadap kandungan komposisi di dalam badan. Yang paling penting untuk di kurangkan adalah LEMAK. Muscle di dalam badan mesti di kekalkan atau di tambah untuk meningkatkan kecergasan badan.
Bila lemak berjaya di hilangkan, maka nampaklah lebih slim.Bila muscle semakin meningkat, maka rasa cergas dan bertenagalah seseorang itu.
Cikgu Rahimah tersenyum.Ternyata usahanya selama 30 hari mendatang kejayaan yang lebih daripada di jangkakannya