Ini bukan story telling, ini bukan copywriting. Out of respect of Tuan Ikhwan yang ingin sampaikan mesej kepada the readers yang saya hormati dalam post ni.

Tuan Ikhwan betul-betul bersungguh-sungguh dalam usaha nak turunkan berat badan. Seorang usahawan Vintage Armour, brand perfume yang mula meningkat nilainya di area Melaka. Kawan saya; Fathi, yang juga bridesgroom saya masa saya kahwin dulu, memang recommend perfume Vintage Armour

Kisah Tuan Ikhwan bermula sometimes pada tahun 2018-2019. Beliau dapat serang jantung akibat penggunaan produk kurus dalam kategori fat burner. Di situlah bermulanya titik tolak perubahan yang berlaku kepada hidup beliau dan keluarga.

Bukan sekali, tapi dua kali beliau dapat serang jantung dan di masukkan ke hospital. Muda lagi, baru 31 tahun ketika itu. Selepas kali kedua beliau dapat serangan jantung, tiba masanya untuk berpisah dengan produk tersebut.

Bermulalah journey beliau bersama Bartech Fitness.

Pernah dia beritahu kepada saya, kalaulah dia tahu cara kurus begini wujud, mesti tahap kesihatan dia OK. 

Dia juga ada berpesan kepada saya, tolong bantu lebih ramai lagi orang. Ramai orang yang perlukan kesedaran kurus tanpa produk. Ramai orang yang dapat manfaat daripada program Coach Shah, katanya.

Selepas habis program, kami ada la berhubung melalui Whatsapp dan di Faceook. Kadang-kadang saya join Facebook Live beliau yang cerita tentang kehidupan, yang cerita tentang bisnes dan sebagainya. I feel proud of how he ran his business and took care of his health.

Tuan Ikhwan, seorang yang baik. Soft spoken. Ramai team yang di bawahnya yang happy bekerja dengannya.

Sebab tu saya sangat-sangat terkejut bila dapat berita pada 30 April 2021 yang beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir, iaitu pada hari Jumaat pada bulan Ramadhan. Hari yang baik, bulan yang baik beliau pergi mengadap Ilahi. Satu pemergiaan yang amat di cemburui.

Kisah inspirasi Tuan Ikhwan bukan datang daripada imaginasi saya untuk menjadikan posting ini menarik. Tapi ini adalah datang daripada hati saya sendiri.

Saya lebih bertekad untuk bantu lebih ramai lagi orang yang ada masalah berat badan supaya kembali yakin meraka boleh kurus tanpa produk

Tenanglah kau di sana bro. Alfatihah

Terinspirasi dengan kisah Tuan Ikhwan?


Hubungi kami melalui butang di bawah untuk dapatkan konsultasi