Siapa di sini yang rasa nak give up untuk mencapai sesuatu?
Yang mungkin dah ikut dah segala nasihat dan saranan guru, coach, cikgu-cikgu, dan mereka yang berpengalaman; tapi masih tak nampak hasil yang membanggakan.
Atau mungkin dah pernah nampak bibit-bibit kejayaan lepas dah ikut kata-kata guru mereka, tapi for some reason kejayaan tu seolah-olah ‘di tarik semula’ dan sekarang berada di tahap di bawah, macam masa mula-mula dulu.
Siapa yang pernah rasa macam tu?
Rasa penat otak, rasa masa terbuang, rasa terkial-kial. Usaha bagai nak rak tapi hasil haprak!
Siapa yang pernah rasa macam tu?
Rasa penat otak, rasa masa terbuang, rasa terkial-kial. Usaha bagai nak rak tapi hasil haprak! Kan?!
Biasa tu. Selagi kita masih hidup selagi tu kita akan ada ujian macam ni. Keadaan begini pastinya akan berlaku untuk menentukan tahap mana kesungguhan kita nak capai apa yang kita nak capai tu.
Betul ke bersungguh-sungguh nak kurus? Betul ke bersungguh-sungguh nak capai kejayaan? Ke angan-angan mat jenin je…
Kat sini saya nak share beberapa tips untuk kita keluar daripada situasi rasa nak give up ni.
Langkah 1 : Perbetulkan niat.
Setiap apa yang kita nak capai pastikan ada niat yang spesifik. Kalau nak kurus tapi niat sebab nak jadi cantik je, ntah lah…bagi saya macam tak cukup kuat lagi. Cuba begini; “aku nak kurus sebab aku nak jadi orang yang beramanah. kalau aku mati dalam keadaan aku gemuk macam ni, dalam keadaan yang sakit-sakit, aku rasa tak amanah Aku lahir dulu dalam keadan yang sihat, takkan aku mati dalam keadaan yang ‘sihat’. Paham ke paham ni?
Bagi saya the best possible niat untuk kita capai sesuatu adalah sebab Allah. Sebab kita hidup untuk Allah, mati pun untuk Allah. Kita hidup ni kalau tak di gunakan untuk kebaikan diri dan orang sekeliling, kita akan senang rasa nak give up.
Tapi bila kita letakkan niat kurus contohnya “aku niat nak kurus ni sebab nak memudahkan aku ketika beribadat. Takkan umur baru 40 tahun, bila bangun daripada sujud senget benget badan macam nak tumbang sebab sakit satu badan. Takkan umur baru 40 tahun solat pun solat duduk. Rukun solat kata semayang duduk ke berdiri dengan tegak?
Langkah 2 : Kelilingi dengan positive circle
Kadang-kadang orang sekeliling kita tak membantu pun untuk kita turunkan berat badan. Siap ada yang mengejek lagi ada.
“elleh….haritu pun kata nak kurus juga, lepas tu kelaut. Dah 88x dah macam ni”
Orang sebegitu kadang-kadang kita kena letakkan perspektif diorang dalam longkang je. Walaupun mereka ni mungkin suami kita ke, even ibubapa kita pun.
Hmmm bukan nak mengajar untuk jadi tak taat atau derhaka kepada mereka. Even Rasulullah SAW sendiri pun mempunyai ahli keluarga yang menentang dakwah baginda, lepas tu apa baginda buat? Hijrah kan?
Kita ada akal dan kehendak yang baik. Sekiranya ada suara yang tak memberikan dorongan, ignore kan saja. Bangkit semula dan jadikan mereka sebagai orang pertama kita nak tunjukkan kejayaan kita nanti.
Langkah 3 : Seek HIM
Kelebihan kita sebagai seorang manusia, seorang Islam terutamanya, kita ada guidance daripada al kitab; Al Quran.
Even kalau bukan beragama Islam sekalipun, saya percaya masing-masing mempunyai kepercayaan dan berpegang kepada konsep ketuhanan.
Macam saya, tak pernah lari daripada rasa down, rasa dejected dalam kehidupan. Kadang-kadang apa yang saya usahakan tu tak dapat hasilnya.
So i turn to Al Quran. Saya akan letakkan tafsir di atas meja tulis saya sambil pejam mata dan pasakkan niat. Apa yang kita nak dapatkan jawapan, apa yang kita nak dapatkan petunjuk daripad Allah Yang Maha Luas Ilmunya, Yang Sebaik-baik Perancang, Yang Maha Mendengar keluhan hati hambaNya, Yang Maha Memberi Kekuatan dan Kecukupan.
Most of the time permintaan saya cukup kuat dan cukup diligent dalam meminta petunjuk, saya akan dapat something.
Sebab Allah tu Maha Pengasihani dan Allah hanya nak uji kita supaya kita akan turn back to Him and none other.
**This was my leads when i turned back to Him. And this was not the only one..
Kadang-kadang kita terlalu fokuskan terhadap perkara teknikal nak kurus. Kena makan ikut keperluan kalori la, bersenam ikut compound exercise la dan heart rate monitoring la, meditation bagai, tapi kita lupa, yang menjadikan kejayaan terhadap hasil usaha kita tu bukan diri sendiri,tapi Allah kan.
Tanya balik pada diri kita, berapa ramai dah kita bantu untuk kurus dengan setakat apa yang kita dah tahu? Berapa ramai dah kita bagi orang happy dengan kehadiran kita? Atau bila orang nampak bayang kita je diorang dah menyampah dah?
Kadang-kadang bila kita seek Him bila kita berada dalam keadan kebuntuan tu, kita akan terjumpa ayat-ayat yang bagi tamparan hebat pada hati kita sampai mungkin akan menangis, bagus… sebab that is the point sebenarnya
Jadi, saya nak nasihatkan its OK untuk rasa gagal dan rasa give up. After all kita ni manusia biasa.
Nasihat saya jangan down lama sangat. Ramai lagi kita nak bantu ni