Ini adalah 5 rahsia Acik Ross yang berjaya jadikan dirinya lebih slim dan bacaan tekanan darah jadi semakin baik

Acik Ross merupakan seorang bekas pesakit tekanan darah tinggi.Bacaan tekanan darah tinggi cukup merisaukan. Kadang-kadang rasa sakit tengkuk, pening kepala, dan kadang-kadang rasa mual-mual. Hal ini membuatkan aktiviti harian Acik Ross terganggu.

Bertahun-tahun Acik Ross ambil ubat tekanan darah, namun bacaan tak nampak tanda untuk turun. Malah semakin meningkat sedikit demi sedikit.

Pernah sekali ketika solat kepala Acik Ross berpinar-pinar bila bangun daripada sujud. Di tahankan juga, tapi akhirnya rebah. Setelah sedar, Acik Ross tekad untuk turunkan bacaan tekanan darahnya. 

Tapi, siapa yang dapat bantu??

Sebagai seorang fitness coach, saya tahu saya tak layak nak kongsikan perubahan yang berlaku kepada Acik Ross. Tapi, atas sebab tanggung jawab saya, saya kongsikan juga, langkah yang Acik Ross gunakan sehingga berjaya turunkan berat bada, nampak lebih slim, bacaan tekanan darah jadi normal walaupun tak ambil sebarang ubat.


Rahsia 1 – Letakkan impian nak jadi lebih sihat
Ini adalah rahsia terbesar. Tanpa impian yang jelas, kita mungkin hidup seumpama orang di zaman batu. 

Impian inilah juga yang menjadikan kejayaan adik beradik Wrights yang mencipta sebuah besi bertan-tan beratnya yang mampu membawa penumpang melalui jalan udara. Impian jugalah yang menjadikan Acik Ross berjaya keluar daripada masalah berat badan, dan masalah kesihatannya

Sebab manusia ada co-creation mindl Saya akan cakap pasal ni nanti.

Rahsia 2 – Ubat bagi setiap penyakit terletak pada pemakanan yang betul
Kelebihan yang Allah hadiahkan kepada kita melalui makanan bukanlah setakat untuk kenyang dan memuaskan nafsu selera makan saja. Makan juga akan menjadi pencegah penyakit, penawar kepada penyakit. Pada masa yang sama, makana juga adalah racun kepada kita kalau tiada ilmu. Acik Ross belajar ilmu ini melalui Bartech Fitness

Rahsia 3 – Senaman yang tepat dan ikut kemampuan
Senaman itu baik. Tapi tak ramai tahu setiap senaman ada fungsi yang tersendiri. Bukan main redah je. Sebab tu ada orang yang bersenam gila-gila tapi tak nampak hasil kurus dia lagi. Siap dapat injury lagi.

Rahsia 4 – Kawal stress gaya PRO
Semua orang boleh cakap jangan stress bila kawan dia tengah stress. Tapi tahukah kita, bagi nasihat untuk jangan stress ketika kawan kita tengah stress sebenarnya menambahkan lagi stress dia. Acik Ross tukar corak dia berfikir melalui Weekly Group Coaching yang di ikuti dan kini faham ada banyak lagi cara untuk kawal stress secara efektif, sama ada melalui pemakanan, atau pergerakan.

Rahsia 5 – Berada dalam circle yang positif
80% orang akan gagal mencapai misi kurus dan misi sihat adalah di sebabkan faktor orang sekeliling. yang menjatuhkan semangat seseorang itu.

Setelah ikut 5 langkah rahsia ini, Acik Ross terpaksa jadi slim, terpaksa jadi sihat, dan terpaksa jadi cergas. Kini Acik Ross dah mampu berjogging 10km sehari walaupun usia menjangkau 59 tahun.