“Akak dah merajuk dah coach tak tahu berapa lama akak tak period dah” katanya sambil berseloroh. “Tapi rasanya dah lebih setahun”

Stress. Itulah perkataan yang paling tepat saya gambarkan apabila seseorang wanita yang masih muda lagi kalau period tak datang-datang. Rasa diri sebagai seorang wanita tak cukup sempurna.

Inilah yang di hadapi oleh Kak Niza, seorang yang masih berusia 40an dan bekerja sebagai seorang guru di Pahang. Pada awalnya beliau terinspirasi dengan kawannya, Alia yang setelah ikut program bersama Coach Shah AK, berat badannya turun serta saiz badannya mengecil jauh lebih slim masa zaman anak dara dulu.

Ini story Kak Niza..

Pre-menopaus. Itu yang doktor terangkan kepada Kak Niza. Pasrah, tapi terpaksa terima hakikat yang di terima selepas di diagnosis sebegitu.

Namun begitu Kak Niza yakin, setiap penyakit mesti ada ubatnya. Cuma kena tahu cara je. Dan beliau yakin ubat daripada doktor atau daripada farmasi bukanlah ubat sebenar untuk menyelesaikan masalahnya. Mana taknya, doktor hanya boleh cakap untuk terima yang Kak Niza dapat menopaus awal. Macam proses menuaan berlaku dengan lebih cepat.

Satu hari, Kak Niza terjumpa kwan baiknya, Alia. Terkejut Kak Niza sebab tengok Alia dah semakin slim. Sebagai seorang bekas student, Alia memang recommend Kak Niza untuk join program Titanium bersama Bartech Fitness. Sebab itu yang telah menjadi titik tolak perubahan hidup Alia.

Tanpa berfikir panjang, Kak Niza terus daftar sebagai student. Yakin dengna perubahan positif yang bakal di alaminya, Kak Niza ikut je MEAL PLAN yang telah saya berikan kepadanya. Cuma dia mengaku agak pelik sikit, kenapa dia rasa macam  tak diet walaupun di dalam program kurus!

Hasilnya sangat-sangat best. Dalam tempoh tak sampai sebulan, saiz badan Kak Niza mula mengecil. Kawasa perut yang bucit (di gelarkan sebagai gegelung Zuhal) dah semakin susut.

Jujurnya berat badan Kak Niza tak turun banyak pun. Namun berdasarkan pengalaman saya, ini adalah perkara biasa pada mereka yang mempunyai masalah hormon tak stabil .

Setelah 3 bulan, tarikh keramat 24 Oktober 2021. Kak Niza mula dapat period yang pertama setelah setahun tak datang. Kegembiraan yang saya nak gambarkan seolah-olah seperti menang nombor ekor. Hehehe gurau gurau.

Betul kata Kak Niza, keseimbangan hormon datangnya daripada keseimbangan gaya hidup. Pemakanan kalau tak di ikut betul-betul besar kemungkinan banyak masalah kesihatan akan datang. Dalam kes kak Niza, pra – menopaus.

Terinspirasi dengan kisah Puan Niza?

Hubungi kami melalui butang di bawah untuk mendapat bimbingan selama 30 hari daripada Coach Shah AK