“Yang…” panggil suamiku dengan panggilan sayu
“Dah 8 tahun kita kahwin, kawan-kawan abang dah ada 2-3 orang anak dah…”
Aku faham maksud suamiku tu. Dia nakkan anak. Tapi aku tak mampu bagi. Doktor dah check, memang aku yang bermasalah. Hormon aku tak stabil. Period aku datang tak menentu.
Aku lagi benci bila keluargaku, makcik-makcik sebelah keluargaku dan keluarga suami yang kerap bertanya tentang bila lagi nak nak dapat anak. Pernah sekali aku tarik tangan suamiku untuk balik semula ke rumahku di Kuala Lumpur sebab menyampah dengan soalan-soalan macam tu. Doktor nasihatkan aku turunkan berat badan. Tapi macam mana??
Doktor hanya nasihatkan aku jaga makan, bersenam sedikit, elakkan daripada makan makanan-makanan tertentu. Aku masih lagi buntu