Seorang guru memberikan murid-murid dia seorang sekeping belon. Guru tersebut menyuruh murid-murid di sekolahnya untuk menulis nama masing-masing di belon berkenaan dan meminta mereka untuk meniup belon tersebut sebesar-besarnya dan pegang belon berkenaan tanpa mengikat sumbunya.
Seterusnya guru tersebut membawa murid-muridnya ke sebuah koridor di satu kawasan di sekolah berkenaan, lalu menyuruh mereka melepaskan belon mereka.
Swooosshhh…bunyi belon berkenaan sambila terbang keliling sambil dengar jeritan dan gelak tawa murid-murid tersebut.
Sambil tersenyum melihat gelagat murid-murid berkenaan, guru tersebut meminta murid-murid itu mencari semula belon yang telah di lepaskan mengikut kepada nama masing-masing!
Ketika proses pencarian yang sangat kacau bilau itu, hanya beberapa orang murid saja berjaya jumpa belon mereka. Selebihnya masih tercari-cari di sekeliling kawasan koridor sekolah tersebut
Salah seorang murid beertanya, “Cikgu, saya tak jumpa belon saya. Apa patut saya buat?” Terdengar juga suara seorang murid yang bergetar hampir menangis di sebabkan kehilangan belonnya
Kemudian guru tersebut meminta setiap orang murid itu memilih sebarang belon yang di jumpai, kemudian memberikannya kepada tuan punya belon berdasaran nama yang tertulis.
Dalam masa kurang 1 minit, setiap belon tersebut berada di tangan tuan masing masong
Guru tersebut sedang mengajar konsep sebenar kebahagiaan.
Kebahagiaan itu seperti macam anda mencari belon anda yang hilang. Sekiranya kebahagiaan tersebut di cari untuk diri sendiri, anda akan rasa susah nak di capai.
Tapi sekiranya anda membahagiakan orang lain, kebahagiaan akan datang kepada anda tanpa di cari-cari.
Cari kebahagiaan, berikan kebahagiaan kepada orang lain. InsyaAllah rasa stress akan dapat di kurangkan.
Dapat sesuatu?