Cara guna aplikasi zoom untuk tujuan coaching bersama Bartech Fitness lepas-lepas ni

Zoom ni satu aplikasi yang baru meletup terutamanya ketika PKP. Banyak online meeting, virtual classes di buat untuk memudahkan kita semua supaya dapat get the job done dan dalam pada masa yang sama berada dalam keadaan social distancing Sebelum kita mulakan, download dulu aplikasi Zoom mengikut operating system peranti masing-masing
Ok selepas download aplikasi zoom mengikut peranti yang ingin di gunakan, sila tonton video di sebelah pula untuk tahu macam mana nak guna zoom ni

Key point penting dalam menggunaan Zoom


1) Dapatkan link zoom melalui email, whatsapp, telegram

2) Take note juga passcode yang beserta sekali dengan link zoom, biasanya kita tak pakai pun

3) Tekan link zoom. Kemudian ada box yang akan keluar untuk kita pilih pilihan Audio. Tekan Wifi or Cellular Data

4) Pastikan ada sound kedengaran melalui platform Zoom. Sekiranya tiada sound, besar kemungkinan saya belum pasang lagu lagi untuk kita berhibur sebelum Coaching heheh


Semoga memberi manfaat!