“Bang, tolong pergi pasar bang! Beras dah habis!”
Adoi, part ni yang aku tak suka ni. Sejak berat badan dah makin naik ni, pergerakan pun jadi terbatas. Rasa badan lemau je. Nak ke mana-mana pun jadi malas, termasuk nak pergi beli barang dapur. Haih, sampai bila aku nak jadi macam ni?
Bukan aku tak cuba turunkan berat badan. Setahun lebih dah aku berusaha nak kurus; macam-macam cara dah cuba, intermittent fasting la, diet tak makan nasik la, diet suku-suku separuh lah. Isk, naik tiga suku aku ikut cara diet-diet ni. Habis tu takkan sampai bila-bila aku kena macam ni??
Aku tekad, aku perlu transform diri aku supaya jadi lebih sihat. Untuk agama dan family aku
Betul kata orang, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Biasanya yang banyak bagi alasan tu yang selalu tak ke mana-mana. Aku dulunya penuh dengan alasan, tapi aku bukan lagi seperti diriku yang dulu.
Kebetulan, tapi aku gentel-gentel facebook aku, aku terjumpa satu topik berkaitan dengan kencing manis. “Haa, nak tengok jap lah pasal kencing manis. Kot-kot dapat tahu serba sedikit”, kata hati kecilku, sinis!
Alangkah terkejutnya apabila ketika facebook live dengan Coach Shah AK, ramai yang telah berjaya bukan setakat turunkan berat badan, malah penyakit kencing manis pun dapat di pulihkan tanpa ubat. Kata mereka hanya follow MEAL PLAN je!
Timbul tanda tanya, bagus sangat ke MEAL PLAN ni?
Jadi aku mesej salah seorang daripada bekas student Coach Shah. Kami berborak untuk menjawab persoalan yang penuh di kepalaku, dan untuk menyelesaikan masalah berat badan dan kencing manisku jugak
Kata bekas student Coach Shah, dia juga amalkan MEAL PLAN, dan bukan setakat berat badan je berjaya turun, malah saiz badan pun jadi semakin mengecil dan dah macam anak dara dah! Tergamam saya tengok transformasi yang berlaku
Hati aku dalam keadaan yang semakin sangsi dan dalam pada masa yang sama rasa semakin percaya, aku mula kerap berada di dalam facebook live Coach Shah. Hari demi hari Coach Shah berkongsi tentang cara-cara kurus yang mudah dan tak perlukan sebarang produk.
Kini aku yakin, dan nak mulakan perjuangan kurus dan sihat melalui MEAL PLAN
Alhamdulillah, setelah aku mengambil program Titanium dan dapat MEAL PLAN dan one on one coaching bersama Coach Shah, keadan kesihatan aku semakin pulih. Bacaan tekanan darah dan kencing manis semakin baik.
Yang paling best, berat badan aku dapat turun sebanynak 4.5kg dalam masa 4 hari je selepas ikut MEAL PLAN! Satu usaha yang aku cuba buat sepanjang tahun, tapi lain jadinya
Nasihat aku, mulalah pasang niat untuk kurus. Sebab dengan pasang niat je, insyaAllah usaha kurus akan jadi lebih di permudahkan.
Terinspirasi dengan kisah Tuan Sadhlan?
Hubungi kami melalui butang di bawah untuk dapatkan konsultasi
Alfatihah untuk Tuan Sadhlan yang telah ke Rahmatullah pada bulan Ramadhan 1442H bersamaan pada bulan Mei 2021. Semoga roh arwah di cucuri rahmat. Dan Arwah Tuan Sadhlan telah berusaha hingga ke hujung nyawa beliau untuk cuba menjadikan diri lebih sihat, tanda tanggung jawab terhadap amanah yang Allah telah berikan. Semoga usaha arwah untuk capai ke berat badan dan tahap kesihatan yang baik di beri ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T. Ameen