Maksud saya kita ada 2 jenis pemikiran. Pemikiran daripada minda sedar, dan daripada minda separuh sedar.
Minda sedar (MS) ni antaranya mengandungi ilmu yang kita dah pelajari, pengalaman yang mengajar, kehendak atau keinginan. Bukan ni saja, tapi banyak lagi.
Minda separa sedar (MSS) pula mengandungi emosi, dan macam2 lagi. Saya nak highlightkan kat sini, emosi yang ada dalam MSS. Its safe to say, MSS bukanlah tempat untuk berfikir.
Di sebabkan emosi, kita akan melakukan sesuatu. Kita membeli dengan emosi. Kita bercakap kadang2 dengan penuh emosi. Kita belai anak dengan penuh emosi.
Tapi apa kaitannya dengan nak kurus dan sihat?
Perasan tak, walaupun kita dah tahu baaanyak benda tapi tak dapat buat sungguh2? Susah nak konsisten. Terutamanya ilmu berdiet, jenis senaman untuk kecikkan bahagian tertentu, atau makanan2 tertentu.
Kenapa? Sebab MS TIDAK AKAN MENYEBABKAN KITA MELAKUKAN SESUATU.
MSS lah yang menggerakkan anggota badan kita untuk buat. tapi bila emosi lain yang datang, contohnya “aduhh rasa malas lah berdiet harini”, terus kita tinggalkan apa yang sepatutnya di buat.
Hasilnya, ilmu yang di pelajari bersawang tak di sentuh. Buatkan kita lupa kita pernah tahu benda tu semua.
Sebab tu ada je coach yang berisi. Ada je doktor yang sakit. Ada je polis tapi tak bertanggung jawab.
Good news untuk anda, part best menanti anda yang membaca hingga ke part ni!
Kita sebenarnya boleh kawal MSD supaya tindakan kita jadi konsisten!
Konsisten berdiet, konsisten bersenam. Hasilnya, proses kurus jadi effortless, tak stress dan rasa sebati.
Macam mana?
Caranya ialah, buat 1 benda KECIK tapi secara kerap.
Contoh, avoid gula waktu breakfast. Atau berjalan naik turun tangga 1 tingkat, lebihnya naik lif.
Hasil dia, namanya adalah COMPOUNDING EFFECT.
Compounding effect adalah kesan daripada benda kecil yang kita dah buat mula-mula tadi. Sebabkan kecil effort tu, mudah nak konsisten.
Hasil daripada konsisten ini, kita sedang ‘menanam benih ke dalam MSS”.
Dengan usaha yang konsisten, hasil kecil akan dapat kelihatan. Dan ini akan mencipta emosi baru untuk buat lebih daripada yang sedang di lakukan sekarang. Dan fasa ini di panggil sebagai PROGRESSIVE OVERLOAD.
Tak paham? Pening kepala? Anda ada masa lagi untuk sakit kepala?
Kita buat benda mudah sekarang. Ikut je cara ni insyaAllah berkesan.
1) Lupakan dulu SEMUA yang kita pernah tahu cara kurus sebelum ni. Jadi seperti cawan kosong yang ready untuk tadah air.
2) Cipta circle of friend yang baru. Mereka mesti mempunyai impian seperti anda, nak turunkan berat badan. Group Komuniti Komited Kurus (3K) adalah contoh yang terbaik,
3) Kerap bertanya soalan, sahkan semula (verify) apa yang ada dah tahu sebelum ni sebagai topik perbualan dalam group tu.
4) Inspire and get inspired. Tema Bartech Fitness adalah Rai Inspirasi. Kita meraikan kejayaan kecil supaya memudahkan anda merealisasikan impian fitness anda.
dan terakhir
5) Jangan malu, jangan segan. Kita bukannya siapa-siapa. Kita juga pernah gagal, sedang mengalami kesulitan dan takkan pernah berhenti di uji dari sudut fitness dan kesihatan.
What do you think? Dapat sesuatu?